Saturday, September 13, 2008

Jururawat penjaga profesional


Metro - Hari ini, jururawat diiktiraf antara kerjaya yang mendapat permintaan tinggi masyarakat seluruh dunia dan ia bukan terhad kepada wanita namun turut dikuasai lelaki.

Menyedari prospek cerah kerjaya ini, banyak institusi pengajian tinggi menawarkan pengkhususan dalam bidang ini di peringkat sijil dan diploma, antaranya Universiti Malaya, Kolej Poly Tech Mara dan Kolej Mahsa.

Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah se seorang yang bertugas sebagai penjaga profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi yang sihat dan menangani kecemasan dalam semua keadaan mem bahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.

Secara amnya, tugas jururawat adalah memberi rawatan kepada pesakit dan menjadi pembantu secara tidak langsung kepada doktor.

Jururawat juga bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi, pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat. Di United Kingdom, tugas jururawat turut meliputi tugasan di satu jabatan seperti pembantu perubatan terlatih serta pakar pemakanan.

Bidang ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu jururawat kesihatan, jururawat perubatan, jururawat masyarakat dan jururawat akademik.

Bagi yang berpengalaman dan berkelayakan akan dilantik ke jawatan lebih kanan seperti ketua jururawat, penyelia ju rurawat dan ketua penyelia jururawat.

Malah, ada jururawat menjadi pensyarah di institusi pe ngajian tinggi apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah.

Bagi yang menggemari kerjaya ini dan ingin melanjutkan pengajian, perlu mempunyai kelayakan setara terutama Ma tematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Mereka juga perlu menunjukkan komitmen terhadap pe sakit, sabar serta tidak ‘gentar’ berdepan darah dan komited menjalankan tugas tanpa mengira waktu.

Justeru, bagi mengenang jasa jururawat, tarikh 12 Mei setiap tahun diangkat sebagai sambutan Hari Jururawat Sedunia.

1 comments:

Anonymous,  June 2, 2009 at 4:19 AM  

Here’s wishing all our nurses a Happy Nurses’ Day! Nurses - they make a difference and what will we do without our dedicated nurses!

Cheers,
Nursing Degree Online

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP