Monday, April 14, 2008

Adakah Anda Merancang Untuk Hamil?


Membuat keputusan untuk mempunyai anak adalah keputusan penting dalam sebuah perkahwinan. Dengan kehadiran cahayamata dalam sesebuah keluarga akan mengubah cara hidup setiap pasangan suami isteri. Perancangan dan persediaan awal ini penting bagi setiap pasangan terutamanya dari segi kesihatan, emosi dan kewangan.

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum hamil:

  • Pasangan perlu cuba mengurus tekanan dalam kehidupan seharian sebaiknya kerana ini akan menyukarkan anda hamil.

  • Jika salah seorang pasangan bekerja dengan bahan kimia, plumbum, anestetik atau sinaran x-ray, ini juga memberi risiko pada kehamilan. Dalam hal ini berbincanglah dengan doktor sebelum anda merancang kehamilan.

  • Wanita yang berusia 35 tahun ke atas dinasihatkan tidak hamil kerana pada usia ini risiko ketidaksuburan dan memperolehi anak cacat adalah tinggi.

  • Merokok, meminum alkohol dan penyalahgunaan dadah meningkatkan risiko kehamilan dan kelahiran anak cacat. Lagipun sebagai seorang Islam jauhilah dari perkara-perkara buruk ini agar anak yang lahir kelak sihat lagi beramal soleh.

  • Ibu bapa yang sihat dan kehidupannya harmoni melahirkan bayi yang sihat dan bersifat positif.

  • Seorang wanita perlukan diet yang seimbang sebelum dan semasa hamil. l biasanya wanita digalakkan . Ini penting untuk melahirkan anak yang sihat, cergas dan pintar. Malah membantu mengurangkan risiko keguguran. Ibu akan senantiasa merasa tenang dan yakin.

  • Bagi wanita yang menggunakan alat pencegah hamil, anda boleh berhenti menggunakannya untuk membolehkan anda hamil.Membuat keputusan untuk mempunyai anak adalah keputusan penting dalam sebuah perkahwinan. Dengan kehadiran cahayamata dalam sesebuah keluarga akan mengubah cara hidup setiap pasangan suami isteri. Perancangan dan persediaan awal ini penting bagi setiap pasangan terutamanya dari segi kesihatan, emosi dan kewangan.

0 comments:

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP